top of page
Writer's pictureIt's Unique 精致马六甲

Seruan dari polis!Jangan lakukan ini setelah“TERLUKA” —— It's Unique 精致马六甲

Pawai Kanan Polis, DSP Nor Azlinda dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dijemput untuk mengunjungi pameran dan menerima wawancara - - “Apa yang harus anda lakukan setelah mengalami serangan seksual”


Dalam artikel ini, pegawai polis akan memberitahu semua orang, apa yang harus anda lakukan jika anda mengalami serangan seksual atau sesiapa di sekeliling anda mengalami serangan seksual?

Editor telah menyusun kandungnya secara ringkas untuk semua orang.


Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya dirogol?

Sekiranya malangnya anda diperkosa/dirogol, Jangan mandi, cuci pakaian dan sebagainya!!

Kerana ini akan menjadi bukti kukuh! Terdapat beberapa perkara yang dapat membuktikan berlaku hubungan seks. Salah satunya adalah bukti fizikal termasuk : Barang-barang yang tercemar air mani suspek jenayah. Contohnya, cadar, pakaian, kertas tandas, kondom dan sebagainya. Yang lain adalah bahan audio dan video.


Bagaimana jika suspek jenayah mengambil semua barang yang telah digunakan setelah melakukan jenayah itu? Apa yang perlu kita lakukan pada masa ini adalah JANGAN MANDI. Ya, anda tak dengar salah, JANGAN MANDI walaupun anda berasa tidak selesa.


Pertama sekali, badan kita adalah bukti yang paling penting.

Pertama sekali, badan kita adalah bukti yang paling penting.

Pertama sekali, badan kita adalah bukti yang paling penting.


Simpan bukti dengan baik supaya polis dapat mengambil tindakan undang-undang.

Ketika laporan polis keluar, polis dapat mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan perogol itu daripada terus melakukan jenayah lagi. Ini juga merupakan titik terpenting untuk menjaga keselamatan mangsa dan masyarakat. Oleh itu, jangan takut untuk membuat laporan polis.


Saya harap mangsa dapat memahami bahawa berbanding dengan rasa malu kerana bimbang dikenali oleh orang lain, membiarkan penjenayah yang merogol anda masih tidak dikenakan sekatan undang-undang adalah rasa malu sebenarnya. Dari awal hingga akhir, anda tidak ada salah, anda adalah orang yang lengkap dan bersih.


Jangan takut! Berani untuk diri sendiri ! Bravely stand up for yourself!

Akhirnya, polis juga mengatakan bahawa pencegahan jenayah bukan sahaja tanggungjawab polis, rakyat harus memikul tanggungjawab untuk belajar pencegahan diri dan pendidikan. Biarkan anak-anak tahu bagaimana melindungi diri sendiri serta mempopularkan pengetahuan tentang seks.


Ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap lapisan masyarakat. Sama-sama kita mencipta rumah yang lebih selamat dan lebih baik.


Sekiranya anda adalah mangsa gangguan seksual/serangan seksual, sila laporkan hotline: 06-2851999

內容和圖片為獨家專訪,任何形式的引用、改寫,都視為侵犯STUNNING MEDIA MARKETING ( FB: It's Unique 精致马六甲)著作權。


商业合作: 品牌推广知名度请联系 Whatsapp +60167922809


马六甲唯一大型文史纪录片系列,最大覆盖率文化载体传承!留守脸书专页『It's Unique 精致马六甲』定时更新

📌Telegram 更多 更快 https://t.me/itsuniquemelaka

📌Telegram 免费打广告 https://t.me/itsuniquemelakagroup

//

Comentários


bottom of page