top of page
Writer's pictureIt's Unique 精致马六甲

Pegawai polis:“Ingatlah lima perkara ini !Elakkan diri daripada bahaya!”—— It's Unique 精致马六甲

Pegawai Kanan Polis, DSP Nor Azlinda dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dijemput untuk mengunjungi pameran dan menerima wawancara - - “Harus segera memberi petunjuk & cara mencegah”


Dalam wawancara itu, dia menunjukkan bagaimana kita harus melindungi diri kita untuk mengelakkan bahaya. Jangan tunggu sehingga anda terluka baru menyesalinya. Ingatlah lima perkara ini!

Editor telah menyusun kandungnya secara ringkas untuk semua orang. Lima perkara ini mesti memahami dan berjaga-jaga!

Pertama sekali, pengawai polis telah mengatakan bahawa ibu bapa atau orang tua mesti membimbing idea kanak-kanak. Sekiranya anda tidak mempopularkan atau membimbing anak-anak dengan bimbingan yang jelas mengenai seks, maka mereka mungkin akan melakukan jenayah berdasarkan salah faham mereka.


Pertama: Perhatikan sama ada terdapat aktiviti yang tidak baik di kalangan jiran atau berhampiran dengan rumah anda.

Sekiranya anda menemui aktiviti yang tidak baik, sila ambil tindakan lebih lanjut dan laporkan kepada polis. Jika Islam terlibat, anda boleh meminta pihak berkuasa mengambil tindakan dari Jabatan Agama Islam.


Melakukan pencegahan di persekitaran tempat rumah tinggal anda terlebih dahulu, ini bukan sahaja dapat mengurangkan kemungkinan serangan seksual dan juga dapat memastikan keselamatan diri dan keluarg aanda.


Kedua: Berhati-hati ketika bersukan

Ramai orang mempunyai tabiat berlari atau keluar untuk bersukan. Sudah tentu ini adalah tabiat yang baik, tetapi tolong jaga keselamatan anda sendiri semasa berada di luar. Seperti yang disebutkan di atas, pastikan anda bersenam dengan rakan yang dipercayai.


Sebelum pergi ke mana-mana, sila beritahu kepada rakan atau keluarga anda supaya mereka dapat mengetahui kedudukan anda, sekiranya sesuatu berlaku, mereka dapat mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan keselamatan kita.


Berhati-hatilah ketika anda bersenam sendiri, terutama wanita seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada bersendirian. Jika anda bersendirian, sila berhati-hati. Untuk mengelakkan diri daripada serangan seksual, kita mesti memperhatikannya setiap hari.


Ketiga: Jangan mudah mempercayai orang asing, terutamanya orang yang anda kenali dalam internet.

Dalam era internet yang maju ini, tidak terlalu luar biasa untuk berkawan dalam internet. Tetapi kerana terdapat banyak jenis orang di internet, anda tidak tahu siapa orang yang anda sedang bercakap dan apa tujuan untuk mendekati anda.


Sudah tentu bukan tidak membenarkan anda berkawan dalam internet, tetapi mesti berhati-hati. Jangan mudah menyerahkan badan anda kepada orang lain, pastikan anda menghargai dan menyayangi diri sendiri.


Tips: Sekiranya anda benar-benar berjumpa dengan seseorang yang anda fikir benar-benar baik di internet dan ingin bertemu dengan dia, anda boleh memberitahu orang yang paling mempercayai, seperti kawan baik, sebaiknya orang yang boleh melindungi anda.


Minta dia menemani anda ketika bertemu denganya dan pergi ke tempat-tempat yang mempunyai banyak orang, untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk diri sendiri agar tidak terjerumus dalam bahaya.


Keempat: Jangan sesuka hati mengambil/makan/minum makanan dan benda yang diberikan oleh orang lain.

Sekiranya anda keluar dengan kawan yang berkenalan di dalam internet, jangan makan/minum/ambil secara sesuka hati, anda mungkin meletakkan diri dalam bahaya.


Ini tidak terhad kepada situasi di mana anda perlu memperhatikan semasa bertemu dengan keluar kawan, dalam kehidupan seharian, anda harus berhati-hati jika anda pergi ke tempat atau bertemu dengan orang yang tidak dikenali.


Sekiranya makanan atau minuman di luar pandangan kita (seperti selepas kembali ke tandas), jangan minum terus, untuk mengelakkan kemungkinan ada orang yang menggunakan minuman, makanan dan barang-barang lain yang boleh menyebabkan anda pengsan atau hilang kesedaran.


Kelima: Anda mesti “ KATAKAN Tidak” jika anda mengalami serangan seksual atau gangguan

Akhirnya, pengawai polis juga menyatakan bahawa setelah anda “KATAKAN Tidak” dengan tegas kepadanya dan dia masih melakukan tingkah laku terhadap anda atau keadaan bertambah buruk, sila hubungi polis dengan segera.

Biarkan undang-undang melindungi anda. Sekiranya anda adalah mangsa gangguan seksual/serangan seksual, sila laporkan hotline: 06-2851999

內容和圖片為獨家專訪,任何形式的引用、改寫,都視為侵犯STUNNING MEDIA MARKETING ( FB: It's Unique 精致马六甲)著作權。


商业合作: 品牌推广知名度请联系 Whatsapp +60167922809


马六甲唯一大型文史纪录片系列,最大覆盖率文化载体传承!留守脸书专页『It's Unique 精致马六甲』定时更新

📌Telegram 更多 更快 https://t.me/itsuniquemelaka

📌Telegram 免费打广告 https://t.me/itsuniquemelakagroup

//

Kommentare


bottom of page